comscore
Tumpuan :
Nasional

Pegawai awam dan swasta diseru sertai kursus di PUSPAHANAS

Datuk Seri Mohamad Hasan menghadiri sidang media selepas menyempurnakan Majlis Graduasi MKN Siri 3 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) hari ini.

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

PUTRAJAYA : Kementerian Pertahanan berharap lebih ramai pegawai sektor awam dan swasta terbuka hati untuk menyertai kursus berkait pertahanan negara disediakan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjelaskan ia sebahagian sokongan kepada pembelajaran sepanjang hayat selain meningkatkan produktiviti dan budaya kerja cemerlang.

“Kursus yang ditawarkan Maktab Ketahanan Negara (MKN) ini terbuka juga kepada sektor awam dan swasta, jadi kita hendak lihat ramai lagi dalam sektor ini kalau boleh dapat menghantar pegawai dan pengurusan kanan mereka untuk bersama-sama mendapatkan apa sahaja ilmu yang akan diberikan oleh MKN ini.

“Apa yang paling penting adalah pembentukan minda keselamatan kerana kita tidak boleh pandang ringan mengenai isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Ini kerana isu keselamatan dan kedaulatan negara amat penting, pelabur melihat dengan dekat tahap keselamatan sesebuah negara, mereka tidak akan datang kalau negara itu tidak mempunyai tahap kesiapsiagaan keselamatan yang baik,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Graduasi MKN Siri 3 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang.

Pada majlis graduasi itu seramai 265 pegawai berpangkat Mejar, Leftanan Kolonel dan Brigadier Jeneral menerima sijil dan pengiktirafan selepas selesai menamatkan kursus selama setahun bermula Januari lalu hingga Disember.

Selain itu Mohamad Hassan berkata, pihaknya ingin melihat dalam masa terdekat PUSPAHANAS akan menjadi pusat kecemerlangan yang unggul dan disegani dalam melahirkan pegawai pertahanan.

Kursus ini berlangsung selama 12 bulan bermula Januari lalu hingga Disember 2022 dan ini adalah langkah pertama PUSPAHANAS melaksanakan upacara graduasi secara serentak untuk kekal unggul dan disegani dalam bidang ini.

Loading...
Terkini