comscore
Tumpuan :
Nasional

Pegawai APMM dikhuatiri hilang di Gunung Mat Chincang

 

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisa (APMM) dikhuatiri hilang semasa mendaki di Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd Ridhaudden Rosman, 32 pada jam 12.47 pagi tadi.

Siasatan mendapati motosikal yang digunakan mangsa masih berada di kawasan letak kereta Telaga Tujuh.

Mangsa dipercayai ke lokasi itu bukan untuk tujuan tugasan dan memuat naik status di aplikasi sosial pada jam 4.45 petang, dan berkomunikasi dengan isterinya sekitar jam 5.25 petang.

Pencarian awal kemudiannya dimulakan  seawal jam 2 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan aset darat dan udara dengan kekuatan 23 pegawai dan 68 anggota dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisa (APMM), Angkatan pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pencarian turut melibatkan 15 orang awam yang mahir tentang laluan di gunung berkenaan.

Mohd Ridhaudden bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) APMM Putrajaya dan berada di Langkawi sempena penugasan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ‘23).

Loading...
Terkini