comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM terima 10 laporan daripada mangsa ‘buruh paksa’ GISBH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan bekas pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang mendakwa dijadikan ‘buruh paksa’ kumpulan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan itu muncul susulan gesaan beliau supaya mangsa yang pernah dieksplotasi kumpulan itu tampil membuat laporan polis.

“Tarikh kejadian (dijadikan buruh paksa) berlaku dari 2013 hingga tahun ini.

“Mangsa yang terbabit pada tarikh kejadian berusia lingkungan 14 hingga 20-an. Lokasi kejadian berlaku di Miri, Sarawak; Rawang, Selangor dan Alor Setar, Kedah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini