comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM tak perlu berunding sebelum ambil tindakan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Ia berikutan kenyataannya di media sosial baru-baru ini yang mengakui terdapat beberapa kes liwat di rumah-rumah amal di bawah kendalian GISB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana aktiviti jenayah dan akan turut menyiasat dakwaan ‘perbincangan’ yang dilakukan oleh GISB.

“Dengan siapa dia tak sebut kita pun tak tahu, dengan siapa dia berbincang, dia berkolaborasi,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Mengulas dakwaan tindakan ‘melampau’ kerana tiada perundingan dengan pihak-pihak berkuasa sebelum ini, Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memerlukan rundingan dari mana-mana pihak sebelum mengambil tindakan.

“Adakah kalau kita menyiasat dan kita nak bincang, kalau macam itu, dia punya rumah kena samun, saya kenalpasti penjenayah, saya bincang dulu, kasi settle dulu boleh?

“Adakah macam itu? Adakah tindakan kita begitu selama ini? Dia pun dah sebut, sebelum ini dia dah berbincang, tapi bukan dengan saya.

“Saya pun tak tahu apa perbincangan yang timbul berlaku, apa keputusan yang ada. Tapi untuk berbincang bagi kes-kes ini, di bawah ATIPSOM, di bawah Akta Kanak-kanak, perlu ke agak-agak pucuk pimpinan PDRM nak berbincang?” katanya.

Terdahulu Razarudin bermesyuarat kira-kira sejam bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini