comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM sedia siasat dakwaan Ummu Atiyah dirogol, didera pemimpin GISBH – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah bahawa dia pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISB Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan mengesan wanita itu dan siasatan akan dijalankan sekiranya ada laporan polis dibuat olehnya.

“Kita akan kesan mangsa dan jika ada laporan dibuat siasatan akan dijalankan ke arah itu,” katanya ketika dihubungi BH di sini hari ini.

Ummu Atiyah, 41, dalam satu sidang media di ibu negara, semalam mendakwa kejadian itu berlaku sewaktu dia dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.

Dia mendakwa dikhianati adik kandung dan dipaksa berkahwin dengan salah seorang pemimpin atasan GISBH sehingga mengalami penderaan mental dan fizikal.

Ummu Atiyyah adalah anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini