comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM rahsiakan lokasi Roger Ng atas faktor keselamatan 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia(PDRM) mengesahkan Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa tiba di Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad, (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki itu tiba di negara ini malam semalam, namun lokasi keberadaannya tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Siasatan terhadap Roger Ng kini dilakukan pihak berkuasa lain bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.

Difahamkan, Roger Ng akan turut disiasat antaranya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan ketibaan Roger Ng di Malaysia.

Namun tempoh keberadaannya bergantung kepada proses siasatan dengan fokus mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dalam kes terbabit

Media sebelum ini melaporkan Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat, kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.

Dia diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan pertuduhan di negara ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini