comscore
Tumpuan :
Nasional

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 – Fadhlina

FOTO: NSTP

GENTING HIGHLANDS: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membuat sebarang tindakan.

“Kita minta semua sekolah pantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan patuhi garis panduan dan arahan yang berkaitran dengan keselamatan cuaca… kita sudah ada pengalaman ini dan kita teruskan sahaja, tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kali Ketiga Mengenai Kepemimpinan dan Pengurusan Pendidikan (ICELAM) di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, hari ini.

Semalam, Fadhlina meminta agar pihak sekolah mematuhi garis panduan yang disediakan, antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan IPU melebihi 100 berikutan beberapa kawasan di negara ini dilanda jerebu.

Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 10 pagi tadi merekodkan tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU di paras tidak sihat dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 157 manakala Cheras di ibu negara mencatatkan IPU 155. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini