comscore
Tumpuan :
Nasional

PCSB sahkan kebocoran gas di Pelantar Bekok A

PCSB mengesahkan berlaku kejadian kebocoran gas di Platform Bekok-A di kawasan luar persisir Terengganu pada 4 April.

KEMAMAN: Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengesahkan berlaku kejadian kebocoran gas di Platform Bekok-A di kawasan luar persisir Terengganu pada 4 April.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, PCSB memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 pagi dan pasukan tindas balas kecemasan telah digerakkan bagi membendung situasi itu.

“Sebagai langkah keselamatan, PCSB telah memindahkan semua kakitangan dari platform Bekok-A.

“PCSB juga telah menggantung operasi di platform Bekok-A sehingga dimaklumkan kelak dan sedang memantau dengan teliti keadaan itu,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, PCSB memaklumlan bahawa keselamatan kakitangan merupakan keutamaan mereka.

“Semua pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumkan dan siasatan sedang giat dijalankan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Media Strategik Kumpulan Petronas.

Loading...
Terkini