comscore
Tumpuan :
Nasional

Paya dan tali air jadi tumpuan, mengimbau kenangan “budak kampung” mengail ikan


Oleh Ezzuan Ahmad

DUNGUN: Cuti persekolahan lazimnya ibu bapa antara yang paling sibuk menguruskan anak-anak dengan membawa mereka bercuti ke destinasi pelancongan di dalam dan luar negara.

Namun lain pula kisahnya di Dungun , Terengganu, dimana ibu bapa menjadikan kawasan paya dan tali air sebagai tarikan percutian mereka untuk mengail ikan darat setelah tidak dapat pergi bercuti susulan dari bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Tinjauan di Kampung Rhu Bathil di Mukim Rantau Abang mendapati ramai ibubapa yang membawa anak-anak kecil mereka untuk merasai pengalaman memancing ikan darat.

Diibaratkan seperti satu pesta, ada juga keluarga yang berkelah bersama – sama anak-anak mereka sambil menjalankan aktiviti memancing.

Pemancing yang ditemui berkata, bencana banjir yang melanda daerah tersebut menyebabkan banyak  spesis ikan darat  seperti ikan sepat, kaloi, haruan dan ikan puyu memenuhi kawasan paya dan tali air.

Disamping itu juga, ianya sebagai untuk memberi pengalaman baharu kepada anak – anak mereka  yang tidak dapat pergi ke mana – mana pada musim cuti sekolah ini akibat dari bencana tersebut.

“Mari hari cuti, kalau budak-budak kampung tiap-tiap petang ada sini, budak-budak kampung sini, Kampung Rhu Bathil ,Kampung Baru Kuala Abang, memang sini kami datang, hobi kami, sambil nikmati suasana” kata Baharudin Mohamad yang datang bersama keluarnganya ke lokasi ini.

Bagi Norazliza Che Ngah pula lokasi ini menjadi tumpuan khususnya di semasa musim tengkujuh kerana kelaziman ikan akan lebih banyak disini. Lokasi juga strategik dengan sungai yang tidak terlalu dalam.

Loading...
Terkini