Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO menegaskan dalam Ucapan Dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 hari ini bahawa UMNO bukan parti pelengkap kepada mana-mana gabungan.
Justeru, Pemuda menyatakan komitmen untuk terus membantu parti itu kembali mendominasi dua per tiga kerusi Dewan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.
Katanya, kegagalan mendominasi media sosial dalam menguruskan perang persepsi menjadi punca kekalahan UMNO pada PRU14 dan PRU15.
“Politik ini adalah soal persepsi dan persepsi ini boleh dicipta menerusi pelbagai cara termasuklah fitnah dan kata-kata yang membinasakan.
“Saya tahu, ramai dalam kalangan kita sudah bekerja kuat, sudah bekerja bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya kita tewas juga.
“Kita tewas bukan tewas sikit, kita tewas banyak, di mana silapnya?,” ujar beliau.
Akmal berkata, kegagalan untuk mendominasi ‘Medan Perang Digital’ iaitu platform media sosial boleh menghadirkan igauan yang sama pada PRU16 mahupun pada PRN Sabah kelak.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.