comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Patik bangga menjadi rakyat Johor’ – Wanita Kemboja mohon ampun pada TMJ 

JOHOR BAHRU: Wanita asal Kemboja yang mencetuskan kontroversi susulan rakaman video tular yang mendakwa Melayu malas di media sosial, memuat naik rakaman video permohonan maaf, dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu, wanita berkenaan yang memaklumkan nama dan syarikat diusahakannya, menjelaskan yang dia sedih, dipercayai kerana menjadi mangsa kecaman warganet, selain mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana dapat bermastautin dan berniaga di Johor.

“Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, patik terlalu sedih, terima kasih Tuanku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai lagi orang Tuanku, terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Semalam, salah seorang pengikut Tunku Ismail dalam platform X, memohon baginda mengambil tindakan ke atas wanita terbabit yang dirujuk dengan panggilan ‘Makcik Kemboja’.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita yang mengakui asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini