comscore
Tumpuan :
Nasional

PATI Lolos: 4 ditahan, 126 lagi masih diburu

Oleh: Juliana Sharin

PUTRAJAYA: Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap semula dalam insiden 131 tahanan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor di Perak dalam kejadian jam 9.30 malam Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, keempat-empat lelaki etnik Rohingya itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan pihaknya dengan kerjasama polis pada jam 4 petang.

“Dalam kejadian antara 9.30 hingga 10 malam, tahanan dipercayai bertindak merempuh jeriji besi secara beramai-ramai sebelum melepasi pagar keselamatan dan keluar dari depoh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JIM.

Beliau berkata, keseluruhan terdapat 556 tahanan yang ditempatkan di lima blok.

Kesemua tahanan yang melarikan diri dari tiga blok yang sama.

“Mereka yang melarikan diri terdiri daripada 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang Bangladesh. Daripada jumlah itu, 57 orang dari blok pertama manakala masing-masing 37 dari blok kedua dan keempat,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata semasa kejadian dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) cedera dipukul dan beberapa petugas lain turut dibaling batu.

Usaha mengesan saki baki tahanan yang masih lolos dengan kerjasama semua agensi keselamatan termasuk polis, Pasukan Gerakam Am (PGA) dan JIM membabitkan kekuatan 387 pegawai serta anggota.

“Kita masih berpandangan mereka tak pergi jauh dan bersembunyi dalam lingkungan di daerah itu. Mereka mungkin merancang untuk bergerak pada malam ini dan dalam kumpulan kecil. Jadi ketika ini pegawai dan anggota sedang giat mengesan kesemua tahanan di sekitar Bidor,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini