Oleh: Safwan Sawi
TUARAN: Kemasukan secara haram yang tiada berpenghujung sehingga kini membabitkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah akan terus berada dalam radar perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada perkara yang perlu dirahsiakan dalam menyelesaikan masalah itu dan pihaknya memantau serius dan berusaha mencari jalan keluar menangani kemasukan PATI di Sabah.
“Dia dalam radar pengetahuan kita radar orang sebut perhatian kita hal PATI ni bukan yang berlaku semalam kita mewarisi masalah dahulu. Sekarang kita adalah kerajaan dan fungsi kerajaan ini adalah untuk melihat masalah ini dan and we are not sweeping the problem under the carpet.
“Kita ada peraturan dan undang-undanga dari segi pentadbiran kerajaan pastinya kita ada struktur melihat perkara ini di perkingkat Majlis Keselamatan Negara kita ada jawatankuasa yang membincangkannya bukan soal ada berapa banyak jawatankuasa kita ada isu ini sebenarnya dalam perhatian dan pemantauan serius kerajaan untuk berusaha mencari jalan keluar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Rumah Perantaraan Tuaran, Kompleks Kebajikan Yayasan Suria, Kampung Panjut, Berungis, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi dan Komisionar Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun turut memaklumkan pihaknya Oktober lalu memantau kewujudan koloni yang dikatakan mencecah lebih 500 koloni oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Ditanya mengenai perkembangan kerjasama KDN dengan Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah di Sabah, jelas Saifuddin,
KDN sentiasa menerima perkembangan mengenainya menerusi Jawatankuasa bersama.
“KDN dan kerajaan Sabah kita ada jawatankuasa bersama melengkapkan pendataan data Warga Asing itu di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah mereka sedang kumpulkan data itu.
“Data penting sebelum kita merencanakan perkara-perkara mengenai keimigresenan kewarganegaraan sijil lahir dan sebagainya Kerajaan Sabah sentiasa memberikan update kami juga sentiasa bekerjasama dekat dengan Kerajaan Negeri Sabah khususnya dalam kes ini melalui Jabatan Ketua Menteri.
Bercakap mengenai pelancaran Rumah Perantaraan Tuaran, jelas Saifuddin program seumpama itu penting bagi membangun kemahiran bekas banduan setelah sekian lama di penjara selain dapat mengurangkan angka banduan kembali melakukan kesalahan lampau.
“Peri penting inisiatif perantara kerana pertama ia menunjukkan bahawa stakeholder di kalangan masyarakat, inidividu, badan-badan kebajikan mereka boleh mengambil bahagian bersama dengan jabatan penjara.” katanya lagi.
Rumah perantaraan adalah premis tempat tinggal yang disediakan oleh Jabatan Penjara dengan kerjasama NGO bagi menempatkan Orang Diparol (ODP) dan bekas banduan baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara sehingga tiga bulan.
Setakat ini Sabah mempunyai tiga Rumah Perantaraan iaitu Tuaran menempatkan 100 penghuni lelaki, Sandakan (20 penghuni lelaki) dan Kota Kinabalu (20 penghuni wanita).