Tumpuan :
Nasional

PAT fokus 3 aspek pengurusan persepsi

Panglima ATM, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar ketika berucap dalam sidang media di Wisma Pertahanan hari ini.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberikan tumpuan kepada tiga aspek pengurusan persepsi yang membabitkan anggotanya serta persepsi rakyat secara umum.

Panglima ATM, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, berkata tumpuan itu menjadi keutamaannya dalam membuktikan keupayaan ATM untuk melangkah ke hadapan.

“Keutamaan saya adalah untuk menguruskan persepsi. Pelbagai persepsi (yang wujud) bergantung kepada siapa, di mana, dan apakah latar belakang individu tersebut.

“Persepsi inilah yang perlu kita lihat dan perhalusi, serta bagaimana cara terbaik untuk menguruskannya.

“Pengurusan persepsi ini dilaksanakan menerusi apa yang kita lakukan bersama-sama, begitu juga dengan aktiviti lain yang membuktikan di mana kita (ATM) berada sekarang dan ke tahap mana kita akan pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama PAT ke-23 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Justeru, bagi mencapai objektif berkenaan, beliau menekankan bahawa interaksi yang baik antara ATM dan pihak media amat diperlukan.

Katanya, pihak media bukan sahaja memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat kepada umum mengenai aktiviti ATM, malah pihaknya juga akan melakukan kajian impak terhadap setiap pelaksanaan selepas ini.

Tambahnya, tiga aspek pengurusan persepsi yang akan dilaksanakan membabitkan sumber manusia, modal insan, dan latihan yang akan menjadi bukti kepada masyarakat mengenai kekuatan ATM ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini