Tumpuan :
Nasional

Pasukan mencari temui mayat Adam Shazwan 

KUALA BERANG: Mayat remaja lelaki Muhammad Adam Shazwan 15, ditemui pasukan mencari kira-kira jam 1 petang tadi.

Mangsa ditemui di Kampung Temir di sini kira-kira 3 kilometer dari lokasi dilaporkan lemas.

Operasi hari ini menggunakan tiga jentera berat selain Unit Anjing Pengesan (K9) yang disertai 77 petugas daripada pelbagai agensi dan penduduk kampung.

Pasukan bomba memaklumkan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi hari ini menggunakan tiga jentera berat selain Unit Anjing Pengesan (K9) yang disertai 77 petugas daripada pelbagai agensi dan penduduk kampung.

Berikutan dengan itu operasi hari ini ditamatkan sepenuhnya jam 2 petang tadi.

Jumaat lalu, mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai Terengganu bersama rakannya Putra Azim Fahmi Azmi, 16.

Bagaimanapun, ketika berenang pulang paras sungai semakin meningkat dan arus semakin deras mengakibatkan mangsa hanyut.

Loading...
Terkini