comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasukan Botman IPD Segamat siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

FOTO: Ihsan IPD Segamat

Oleh: Zahir Senapiah

SEGAMAT: Pasukan Botman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, dalam siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Sabtu ini.

Pasukan itu yang diketuai oleh Inspektor Huzaifah Akwa Ishak dibantu Inspektor Muhammad Hanafi Ghazali bersama 14 anggota membuat ujian bot sebagai persediaan dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa.

FOTO: Ihsan IPD Segamat

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi IPD Segamat, latihan lebih tertumpu dari segi logistik serta kesiap siagaan bot yang sedia ada.

Latihan dilakukan selama 2 hari bermula semalam dan semua ketua balai diarah membuat persiapan rapi bagi menghadapi MTL.

FOTO: Ihsan IPD Segamat

Tahun lalu daerah Segamat yang dilapor teruk terjejas akibat banjir sejak 17 tahun lalu apabila lebih 7,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke lebih 50 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tahun ini hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor serta barat Sarawak semasa fasa awal musim tengkujuh bermula Sabtu ini dan berterusan sehingga Mac 2024.

Loading...
Terkini