comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasukan bantuan diperlukan untuk cari kanak-kanak 6 tahun yang hilang 

ISKANDAR PUTERI: Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar mengarahkan pasukan bantuan, membantu mencari kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Eco Galleria, dekat sini, dua hari lalu.

Arahan itu dikeluarkan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Hoo Chuan Huat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan dan Perundangan Johor, ACP Junaidah M. Kasbolah dan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasan.

Perkara itu dimuat naik dalam Facebook rasmi IPD Iskandar Puteri.

Difahamkan beberapa arahan dan tindakan juga diberikan oleh M.Kumar bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Bagaimananpun tidak dinyatakan secara terperinci arahan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini