comscore
Tumpuan :
Nasional

Pastikan baki kad TnG, e-Wallet & SmartTag cukup biarpun tol percuma

Oleh Syafiqah Damanhuri

GOMBAK: Pengguna lebuhraya diminta untuk memastikan baki kad TnG, e-Wallet & SmartTag mencukupi untuk sampai ke destinasi masing-masing biarpun tol percuma diberikan.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, iaitu pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Radzimah Mohd Radzi berkata langkah itu bagi mengelakkan pengguna lebuhraya ‘tersangkut’ di plaza tol apabila tempoh tol percuma itu tamat pada 11.59 malam esok.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi.

“Untuk tol percuma pengguna tak perlu bayar. Tapi mereka masih perlu sentuh alat di plaza tol bagi merekodkan perjalanan dan mendapatkan statistik yang betul, berapa banyak kenderaan yang lalu di plaza tol kami.

“Tetapi kami menyarankan pengguna mempunyai baki yang cukup kerana esok apabila tamat tempoh tol percuma di susur keluar, pengguna lebuhraya perlu membayar.”

“Oleh itu, kami menyarankan pengguna untuk memastikan baki kad T&G dan E-wallet sentiasa mencukupi,” katanya ketika ditemui media di Plaza Tol Gombak di sini.

Tambahnya aliran trafik menghala ke Pantai Timur hari ini mula meningkat pada sebelah petang, namun pergerakan kenderaan masih dalam keadaan lancar dan terkawal.

Tinjauan TV3 di Tol Gombak mendapati pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut bertugas dengan melakukan pemantauan trafik dan pemeriksaan ke atas pengguna lebuhraya di situ.

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga dilihat turut membantu mengawal lalu lintas di kawasan terbabit.

Loading...
Terkini