comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasir Mas rekod cuaca panas tahap dua, lima hari berturut

FOTO: METMalaysia

KUALA LUMPUR: Pasir Mas, Kelantan terus merekodkan cuaca panas tahap dua atau gelombang haba selama lima berturut-turut sejak 2 Mei lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, berkata cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Rekod bacaan yang dikemas kini pada jam 4.20 petang hari ini turut mencatatkan lima kawasan di Kelantan dengan cuaca panas tahap satu iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

Besut dan Setiu di Terengganu, manakala Padang Terap di Kedah dan Kota Marudi di Sabah turut merekodkan status cuaca panas tahap satu.

“Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini