comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasca banjir Sabah: Tiga PPS ditutup hari ini

FOTO: Ihsan APM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Tiga daripada empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir ditutup petang ini selepas situasi banjir di kawasan yang terjejas pulih sepenuhnya.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, setakat jam 4 petang tadi hanya 272 mangsa banjir daripada 90 keluarga berada di PPS Dewan Kebudayaan Sabah di Penampang.

FOTO: Ihsan APM Sabah

“Tiga daripada PPS yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah sudah ditutup iaitu Dewan Sri Putatan di Putatan, Balai Raya Kampung Tutu Selupoh di Tuaran dan Balai Raya Kampung Bontoi di Tamparuli.

“PPS terbabit ditutup bermula jam 2 hingga 3 petang tadi dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” menurut kenyataan itu.

FOTO: Ihsan APM Sabah

Secara keseluruhan, empat PPS yang dibuka berikutan banjir sejak petang Ahad lalu menempatkan seramai 503 mangsa banjir daripada 145 keluarga.

Bagaimanapun, beberapa mangsa ada yang dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing sejak semalam selepas situasi banjir di kawasan mereka disahkan pulih

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini