Tumpuan :
Nasional

Pasca Banjir: Penduduk kampung bergotong-royong bina jambatan bambu di Ranau

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Penduduk Ranau di Kampung Mohimboyon, Waang Lama, dan Kampung Lipantai, mengambil inisiatif sendiri membina jambatan sementara, susulan jambatan utama yang menghubungkan kampung berkenaan dilaporkan runtuh dan dihanyutkan arus deras Jumaat lalu.

Video tular berdurasi 2 minit 51 saat dan 1 minit itu memaparkan penduduk kampung sedang bergotong royong membawa parang dan tali masing-masing membina jambatan menggunakan bambu bagi memudahkan penduduk melintasi sungai.

Jambatan konkrit Mohimboyon dilaporkan mula runtuh pada Isnin lalu akibat arus deras Sungai Tahukag yang melimpah akibat hujan lebat yang berterusan kira-kira 4.30 petang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ketika itu telah membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian.

Loading...
Terkini