comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

[VIDEO] ‘Pasar Warna Warni’ semarak perpaduan


Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Deepavali pelbagai cara disambut segenap lapisan masyarakat majmuk di negara ini.

Sebagai tanda kekitaan dan meraikan kepelbagaian, di ibu negara inisiatif dilakukan peniaga dengan menggayakan busana tradisional masyarakat india.

Ia bertambah meriah apabila pelbagai produk dipamerkan bertemakan ‘Pasar Warna Warni’.

Kunjungan ke Pasar Seni, Kuala Lumpur ini mendapati 110 peniaga mengenakan pakaian tradisional masyarakat India mengikut tema.

Peniaga, Nur Alia Shahrin, berkata Deepavali diraikan untuk menyemarakan lagi semangat perpaduan, selain bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya yang unik yang boleh ditonjolkan kepada pengunjung dari negara luar.

“Memandangkan hari ini perayaan deepavali jadi saya mengamnbil inisiatif untuk pakai pakaian yang yang berkonsepkan deepavali

“Malah saya tengok sambutan deepavali di sini juga sangat meriah, ramai orang datang,” katanya,

Bagi Peniaga, Brenda Swee, dia termasuk suami dan anak memilih memakai pakaian tradisional kaum india hari ini sebagai cara menghormati budaya masyarakat itu.

“Apabila pengunjung datang ke sini mereka tengok kami berpakaian seperti ini mereka akan teruja.

“Jadi saya pun boleh la promosi budaya yang ada di sini, lebih menggembirakan ramai yang suka dan memuji sangat cantik,” katanya.

Pengunjung, Nagarajan dan anaknya Sruthi dari india berkata mereka kagum dan teruja untuk menyaksikan sendiri sambutan berkenaan..yang dapat mengimbau kenangan indah di negara mereka.

“Saya sangat menyukai inisiatif yang mereka ambil dan yang sangat indah untuk dilihat

“Sebagai orang India saya berasa sangat bangga dan sangat gembira seperti saya dapat berkongsi budaya saya kepada orang lain,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini