comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasar Datuk Keramat perlu dinaik taraf kerana terlalu daif – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan kemelut pembangunan semula Pasar Datuk Keramat yang dilihat daif dikawasan berkenaan yang tertangguh kira-kira enam tahun itu.

Perdana Menteri itu berkata, masalah di Pasar Datuk Keramat pada dahulunya DBKL telah memberikan kawasan berkenaan kepada syarikat pemaju untuk menaiktaraf pasar terbabit, namun ia gagal dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

“Jadi, saya fikir perlu ambil perhatian terhadap Pasar Datuk Keramat itu kerana keadaannya sangat daif.

“Saya sudah maklumkan kepada Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar DBKL Datuk Seri Kamarulzaman Mat Sallleh untuk ambil perhatian terhadap perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi ketika ditemui berkata, syarikat pemaju terbabit tidak melaksanakan projek naiktaraf pasar berkenaan.

Katanya, apabila syarikat pemaju tidak melaksanakan projek terbabit, pihak DBKL tidak boleh meneruskan projek berkenaan disebabkan syarikat pemaju itu sudah membayar kira-kira 10 peratus nilai tanah dikawasan pasar itu.

“DBKL sebelum ini telah menjual tanah di kawasan itu kepada syarikat pemaju yang mahu membangunkan pasar berkenaan.

“Selepas saya jadi wakil rakyat semula di kawasan berkenaan saya desak DBKL untuk tebus semula kawasan berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini pihak DBKL sudah menyelesaikan isu terbabit.

Katanya, syarikat pemaju itu sudah mengembalikan semula kawasan tanah berkenaan kepada DBKL dan syarikat pemaju sudah mengambil semula wang pendahuluan mereka.

“Kini terpulang kepada DBKL untuk menguruskan dan menaiktaraf pasar berkenaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini