Tumpuan :
Nasional

Pasar Besar Kuala Krai terbakar

Kebakaran di atas Pasar Besar Kuala Krai. FOTO: Sumber Awam

KUALA KRAI: Tingkat atas bangunan Pasar Besar Kuala Krai terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.21 pagi.

Katanya, lima jentera dengan kekuatan seramai 25 pegawai dan anggota dari BBP Kuala Krai, BBP Sungai Durian, BBP Machang, dan BBP Tanah Merah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, bahagian atas pasar besar berkenaan sudah 80 peratus terbakar. Bagaimanapun tidak ada mangsa yang terperangkap.

“Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tingkat bawah bangunan dan api dapat dikawal pada jam 2.06 pagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, api padam sepenuhnya jam 3.42 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 5.17 pagi.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini