comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan tular dengan bayi hidap penyakit kronik, tidak hilangkan diri

ALOR SETAR: Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menghidap paru-paru kronik menunggang motosikal yang tular baru-baru ini, akan dinikahkan dalam waktu terdekat.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, lelaki berusia 36 tahun itu hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan jam 3 petang tadi.

Katanya, lelaki itu datang membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya yang berusia 35 tahun itu.

“Saya turut membantu dia mengisi borang kahwin dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan sebagainya.

“Apabila selesai semua urusan tu dan mereka mengikut panduan semua lengkap, urusan pernikahan akan dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan pasangan terbabit tidak menghilangkan diri sebaliknya melakukan segala urusan untuk mempercepatkan proses pernikahan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak menjawab panggilan telefon kerana mempunyai urusan tertentu.

Terdahulu, media melaporkan pasangan terbabit menghilangkan diri apabila cubaan menghubungi mereka, namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan, malah turut mematikan talian.

Pemantauan oleh ahli kariah masjid di kawasan rumah lelaki itu juga gagal mengesannya.

Hanya ibu lelaki itu yang menghidap angin ahmar berada di rumah sendiri sambil dipantau jiran berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini