comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan tular bawa anak pakai alat pernafasan menghilangkan diri

Gambar tular di media sosial menunjukkan tiga sekeluarga menaiki motosikal dengan bayi dilihat dilengkapi alat bantuan pernafasan. – Foto tular

RINGKASAN BERITA

  • Pasangan tular selepas membawa bayi menaiki motosikal dengan alat pernafasan baru-baru ini, dipercayai sudah menghilangkan diri kerana tidak dapat dikesan pihak media.
  • Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, hanya ibu kepada lelaki berkenaan yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri, dengan dipantau jiran berhampiran.

ALOR SETAR: Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini, dipercayai sudah menghilangkan diri.

Pihak media cuba menghubungi mereka, namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan, malah turut mematikan talian.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim, berkata pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu, namun didapati dia gagal dikesan.

Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri, dengan dipantau jiran berhampiran.

“Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.

“Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hazamer berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan mereka, tetapi perlu menyediakan dokumen lengkap sebelum melaksanakannya.

Media pada 9 Jun 2016 pernah menyiarkan kisah wanita berusia 35 tahun itu bersama anak lelaki ketiganya, yang ketika itu berusia lapan bulan yang menghidap pneumonia, ‘chronic obstructive pulmonary disease’ (COPD) dan asma.

Bagaimanapun, kisah wanita itu ditular semula Ahad lalu, selepas dia dan pasangannya membawa anak mereka yang menghidap sakit paru-paru kronik dengan memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke hospital.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini