comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan suami isteri siswazah USIM, 4 anak korban keganasan rejim Zionis di Gaza

NILAI : Dua siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) warga Palestin dan 20 sanak saudara mereka antara yang terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad.

Kenyataan USIM malam tadi berkata Mohammed J. H. Alzaanin yang merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terbunuh dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira jam 8 pagi.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq.

Turut terkorban adalah empat anak pasangan itu, dan hanya seorang anak mereka dilaporkan terselamat,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam dalam kenyataan sama memaklulmkan  20 sanak saudara pasangan berkenaan turut terkorban dalam serangan itu.

Mohammed J. H. Alzaanin baharu selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini.

Loading...
Terkini