Tumpuan :
Nasional

PAS kekal pendirian pertahan PN dan hidupkan MN

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.- Foto NSTP

Oleh: Fahmi Tajuddin

TEMERLOH: PAS mengulangi pendirian untuk tidak menyertai dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan akan cuba memaknai Muafakat Nasional (MN).

“PAS tetap berdiri teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) yang sebenar, dan tidak sesekali berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam apa-apa jua bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bertemakan ‘Islam Adalah Penyelesaian’ pada Muktamar PAS Pusat ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, hari ini.

Hadi turut berkata PAS memilik prinsip untuk menolak ‘kalangan yang telunjuknya lurus, tetapi kelengkengnya berkait.

Hadi juga berkata PAS hanya memilih ‘bukan Islam yang tidak eskstrem iaitu kalangan yang tidak menghalang bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah’.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bertemakan ‘Islam Adalah Penyelesaian’ sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini, hari ini.

Hadi adalah Timbalan Pengerusi PN yang dianggotai PAS, BERSATU, GERAKAN dan Parti Maju Sabah.

Turut hadir ke Muktamar Tahunan PAS ialah Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S P Punithan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini