Tumpuan :
Nasional

Paras sungai, mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat

Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 12 sungai di seluruh negeri ini melepasi paras bahaya, manakala dua lagi merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Kenaikan paras air sungai berlaku disebabkan hujan lebat disusuli angin berterusan sejak semalam.

Manakala jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,717 orang daripada 8,214 keluarga berbanding 19,601 orang daripada 5,699 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kini terdapat 293 pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang beroperasi di kesemua lapan daerah.

Setakat malam ini Kemaman menjadi daerah yang paling teruk terjejas membabitkan 9,717 mangsa (2,497 keluarga); Hulu Terengganu seramai 6,401 mangsa (1,978 keluarga); Besut 5,492 mangsa (1,506 keluarga); dan Setiu 3,988 mangsa (1,196 keluarga).

Loading...
Terkini