comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Paras air beberapa sungai di Terengganu meningkat

 

KUALA TERENGGANU: Penduduk beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan, antara stesen mencatat aras air bahaya setakat jam 8 pagi tadi ialah Stesen Sungai Telemong di Kampung Sungai Ping dan Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu.

Di daerah Setiu, sungai melepasi aras bahaya ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri.

Manakala di Besut pula Sungai Besut di Kampung Keruak serta Sungai Besut di Kampung La.Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, dan Sungai Peneh di FELDA Mengkawang pula mencecah aras amaran.

Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu direkod pada aras waspada. – BERNAMA

Loading...
Terkini