comscore
Tumpuan :
Nasional

Parang, baju milik warga emas dipercayai dibaham buaya ditemui pasukan SAR

LIMBANG: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui parang dan baju yang digunakan oleh seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak 17 Ogos lalu, dipercayai dibaham buaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, penemuan pertunjuk baharu itu selepas tujuh hari SAR dilancarkan.

Katanya, parang dan baju dipercayai milik mangsa itu ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi tersebut sekitar jam 10 pagi tadi.

“Kedua-dua barangan dipercayai milik mangsa itu ditemui oleh bot orang kampung di lokasi, pada jarak lebih kurang 18 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa Sahari Mail,66, dilaporkan hilang ketika mencari rotan dan membubu ikan berdekatan Kampung Ulak, di sini.

Laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya sehari kemudian apabila mangsa tidak kembali ke rumah.

“Pusat Kawalan Operasi (PKO) yang diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang untuk ke lokasi kejadian bagi mengaktifkan operasi SAR mangsa.

“Pencarian yang dilakukan tidak menemui jejak mangsa sehinggalah dua barangan dipercayai milik dan digunakan oleh mangsa pada hari kejadian ditemui oleh orang kampung yang turut serta dalam operasi terbabit sekitar jam 10.00 pagi tadi,” katanya.

Loading...
Terkini