comscore
Tumpuan :
Nasional

Pang Chinn Fei dikurnia Darjah AMN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada personaliti TV3, Pang Chinn Fei.

Chinn Fei yang merupakan penyampai berita TV3, antara lebih 300 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, siang tadi.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat berkenaan.

Turut menerima bintang kebesaran sama; pengacara RTM, Terrence Joseph Dass.

Kedua-dua personaliti TV itu pernah bergandingan mengacara Majlis Sambutan Hari Kebangsaan untuk beberapa tahun.

AMN merupakan pangkat kelima antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN).

YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.

Loading...
Terkini