comscore
Tumpuan :
Nasional

Pandu Lamborghini perdaya pesara keluar simpanan RM25,000

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Seorang lelaki menggunakan taktik memandu kereta mewah jenis Lamborghini bagi meyakinkan mangsanya sehingga terpedaya menyerahkan wang simpanan RM25,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asiaten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek memandu kereta mewah itu untuk membawa mangsa ke bank bagi tujuan mengeluarkan wang sebelum ditinggalkan di situ.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada 17 April lalu daripada mangsa yang juga seorang pesara berusia 78 tahun.

Mangsa didatangi seorang lelaki yang kononnya menawarkan bantuan untuk menguruskan bantuan kerajaan.

Suspek telah menjemput pengadu di rumahnya di Sea Park, Petaling Jaya dan membawanya dengan kereta Lamborghini berwarna hijau ke sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur.

Mangsa kemudian diminta mengeluarkan wang tunai RM25,000 dan diserahkan kepada suspek.

Sejurus mendapat wang itu, suspek menghilangkan diri dan mangsa ditinggalkan di situ.

Suspek dikenali sebagai Lau Kah Wing, 28 tahun dengan alamat terakhir di Damansara Suria, Taman KIP, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Gashwinpal A/L Sukhdev di talian 016-3649168.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini