comscore
Tumpuan :
Nasional

Paludan bakar al-Quran Lagi

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan terus bertindak keji apabila membakar naskah al-Quran sekali lagi.

Kali ini tindakan keji itu dilakukan di hadapan Kedutaan Russia di Denmark, pada Ahad.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Instagramnya, tindakan keji yang dilakukan Paludan itu adalah tindak balasnya terhadap Bintang UFC, Khamzat Chimaev yang didakwa mengecam tindakan yang dilakukan ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark itu.

“Quran ini sedang dibakar, ini salah Khamzat yang merupakan ahli gusti kelahiran Chechnya dan pemimpinnya.

“Jika mereka boleh berkelakuan baik, perkara ini (bakar Quran) tidak akan terjadi.” katanya dalam klip video terbabit.

Sebelum ini tindakan yang dilakukan Paludan itu menimbulkan kemarahan dan kecaman pelbagai pihak seperti pemimpin dan umat islam, termasuk di Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia, sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu.

Jumaat lalu, dianggarkan seribu peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dilakukan Paludan pada 21 Januari lalu di hadapan luar Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Loading...
Terkini