
KOTA KINABALU: Paitan menjadi daerah terbaru dilanda banjir, dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu, memaklumkan bahawa rumah Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kokos telah dijadikan PPS.
Sementara itu, seramai 87 orang dari 23 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid setakat jam 8 malam tadi.
Menurut kenyataan dari Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, 67 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Rancangan Nagoh, manakala 20 orang dari enam keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Maau.
“Dua lagi PPS iaitu Dewan Kampung Bambangan dan Masjid Lama Kampung Gana Jati dalam proses pendaftaran mangsa,” menurut kenyataan itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.