comscore
Tumpuan :
Nasional

Padah buat aksi ‘superman’, pelajar berdepan denda hingga RM15,000

Foto ihsan polis

BACHOK: Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di daerah ini ditahan polis selepas membuat aksi ‘superman’ di Jalan Pulau Kambing ke Kuala Melawi, di sini.

Pelajar berusia 15 tahun itu ditahan Skuad 42, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok yang sedang menjalankan rondaan penguatkuasaan samseng jalanan di jalan berkenaan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, polis mengesan satu lelaki yang menggunakan motosikal yang dinaiki dengan melakukan aksi ‘superman’ secara berulang-ulang.

Katanya, pelajar itu ditahan dan dibawa ke IPD Bachok untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan merbahaya.

“Jika didakwa boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan,” katanya.

Mohamad berkata, pihak polis menasihati remaja agar tidak terbabit dalam aktiviti yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, pihaknya juga menasihati ibubapa untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak terutamanya di musim cuti persekolahan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini