Tumpuan :
Nasional

PAC akan bincang untuk bahas isu penjualan Menara Semarak20 di Dewan Rakyat

Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Menara Semarak20 di Jalan Semarak.- FOTO: Ihsan FELCRA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan berbincang untuk membuat keputusan bagi membahaskan laporan penjualan bangunan komersial Menara Semarak20 di Dewan Rakyat, seperti yang dilakukan untuk laporan mengenai HRDCorp pada Julai lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Dewan Rakyat adalah medan terbaik untuk rakyat mengetahui laporan yang disediakan oleh PAC.

“PAC tidak akan memanggil mana-mana pihak lagi untuk memberikan maklumat dan fakta berhubung penjualan Menara Semarak20 di Jalan Semarak, di sini kerana dua laporan berkenaan bangunan tersebut telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata, semua maklumat dan fakta dalam laporan tersebut diperoleh melalui pembentangan oleh FELCRA semasa prosiding yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Semalam, PAC dalam laporannya menyatakan kebimbangan terhadap prestasi penjualan bangunan komersial yang dikendalikan oleh Felcra Berhad, yang didakwa masih belum terjual dan cadangannya kini hanya di peringkat perbincangan bersama pihak pembeli. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini