comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang ramai serbu pusat operasi FAMA 

Foto: NSTP

JELEBU: Orang ramai menyerbu Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ) Jelebu seawal jam 8 pagi sebaik mengetahui adanya jualan beras putih tempatan.

Difahamkan 3,500 kilogram beras habis dijual dalam tempoh 90 minit.

Selain Jelebu lima lagi outlet Fama di negeri ini turut menjadi tumpuan bagi mendapatkan beras putih tempatan yang sebelum ini mengalami masalah bekalan di pasaran.

Khadijah Sidek, 46 dari Kuala Klawang berkata jualan itu sangat membantunya berikutan sebelum ini membeli beras import yang lebih mahal berikutan tiada beras tempatan dijual.

Katanya harga beras import yang mencecah RM40 berbanding beras tempatan RM26 sangat membebankannya berikutan digunakan enam ahli keluarga.

Artikel berkaitan: PM jamin harga beras tempatan tidak naik

“Dengan harga barangan lain yang meningkat disusuli ketiadaan harga beras tempatan ia sangat menyusahkan apatah lagi bagi penduduk kampung.

“Apabila FAMA mengadakan jualan beras putih tempatan ini, ia sangat ditunggu apatah lagi harga kekal RM26,” katanya ditemui di Pusat Operasi Fama Jelebu di sini.

Khadijah berkata dia hanya membeli mengikut kegunaan namun FAMA membenarkan setiap pembeli diberi dua kampit beras.

Bagi peniaga Samsudin Tohat,74 dari Kampung Larong berkata beras putih tempatan bukan sahaja ditunggu orang ramai tetapi peniaga makanan sepertinya.

Katanya selepas bekalan beras tempatan terputus dipasaran, dia terpaksa membeli beras import namun harga nasi yang dijual tidak dinaikkan sebaliknya sama iaitu RM2 sepinggan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tiada bekalan beras tempatan sejak beberapa bulan lalu – Pemborong

“Baguslah kerajaan adakan jualan seperti ini dengan FAMA menguruskan jualan, jadi sudah pasti tiada masalah bekalan seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairuddin Ishak,60 berkata sebagai penduduk di negara yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji, ketiadaan beras sangat merumitkan kehidupan sekiranya terpaksa membeli beras import.

“Saya hanya bekerja kampung ,pendapatan tidak menentu jadi memang terkejut apabila pertama kali terpaksa membeli beras import berharga RM20.

“Saya hanya membeli satu kampit sahaja walaupun boleh beli dua kampit, tak perlu rasanya buat pembelian panik, lagi pun beras jika lama disimpan pun tidak elok,” katanya.

Artikel berkaitan: Harga beras import di paras tertinggi 15 tahun, dijangka terus meningkat

Loading...
Terkini