Tumpuan :
Nasional

Orang ramai kembali amal pakai pelitup muka

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Mencatatkan peningkatan mendadak sejak beberapa minggu lalu, jangkitan Covid-19 ketika ini sedikit sebanyak kegusaran dalam kalangan rakyat.

 

Ia sekali gus menimbulkan kesedaran masyarakat untuk kembali mengamalkan pememakaian pelitup muka di tempat awam.

Meskipun tidak diwajibkan, langkah itu dilihat sebagai pencegahan penularan wabak apatah lagi ketika cuti sekolah serta musim perayaan ini.

Bagi melihat situasi sebenar, Buletin TV3 melakukan tinjauan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai sekitar ibu negara.

Rata-rata mereka kembali mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP), yang diperkenalkan dahulu termasuk memakai pelitup muka.

Bagaimanapun pemakaian pelitup muka dilihat masih lemah dalam kalangan pengguna penggangkutan awam lain seperti bas atau teksi terutamanya ketika waktu puncak  selain pejalan kaki.

Pelajar Universiti, Muhammad Amirul Ashraf Kamis berkata, beliau bimbang terhadap trend menaik individu yang dijangkiti COVID-19 dan meminta semua orang sentiasa waspada dengan keadaan sekeliling.

“Melihat kes semakin meningkat ini, saya rasa cemas pun ada sebab takut jadi macam dahulu (PKP).

“Mesti kene pakai balik pelitup muka, jika tak mahu ianya merebak dan membataskan pergerakan lagi,”katanya.

Bagi ibu bapa pula, pemakaian pelitup muka adalah perkara wajib dilakukan sebelum membawa anak-anak meninggalkan rumah untuk bercuti.

Amirah Darus berkata keluarganya kini mengamalkan SOP seperti yang diperkenalkan dahulu termasuk sentiasa membasuh tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Saya masih lagi bawa anak-anak keluar sebab cuti sekolahkan tapi saya tetap tekankan SOP bagi mencegah Covid-19.

Saya pun dulu pernah masuk hospital lama sebab Covid-19 jadi tak nak kena lagi, untuk itu mesti sediakan payung sebelum hujan.

Dalam pada itu, kami turut meninjau permintaan pelitup muka serta kit ujian pantas Covid-19 di beberapa farmasi.

Menurut Nuraini Syafriadi, kedua-dua produk itu kembali menjadi barang panas di pasaran malah ada beberapa farmasi kehabisan stok ekoran permintaan tinggi.

“Memang test kit Covid kami tinggal nyawa-nyawa ikan sebab mendapat permintaan tinggi ketika ini.

Bukan sahaja test kit, tapi pelitup muka pun jika sampai 500 bungkusan tetap akan habis dijual,” katanya.

Loading...
Terkini