comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang ramai disaran henti sebar gambar, video pelajar maut di SMK Jati – MCMC

Oleh : Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA : Orang ramai disarankan menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan kemalangan maut melibatkan pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di Meru, Jumaat lalu.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan menegaskan sebarang perkongsian yang melibatkan gambar atau video tragedi berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“MCMC ingin menekankan dan menasihati orang ramai tentang kepentingan untuk menghormati mangsa dan keluarga, serta pada masa sama, menunjukkan empati yang tinggi.

“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa tidak hanya akan melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga melanggar prinsip dan etika asas.

“Setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes teresbut masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, 15 Disember lalu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.

Loading...
Terkini