Tumpuan :
Nasional

Orang awam dipelawa kongsi pandangan Kertas Putih Kesihatan 

FOTO: Kementerian Kesihatan Malaysia/ Facebook

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mempelawa orang awam untuk memberikan pandangan berkaitan kandungan utama Kertas Putih Kesihatan bagi menambah baik sektor berkenaan.

KKM memaklumkan, pelaksanaan Kertas Putih itu mampu membawa sistem kesihatan negara menjadi lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan supaya kesihatan rakyat dapat dijaga.

“Justeru pandangan bernas itu boleh dikongsikan dengan melayari https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan,” katanya menerusi laman Facebook KKM.

Menurut KKM, pihaknya sudah mengorak langkah dengan mendedahkan kandungan utama Kertas Putih Kesihatan termasuk visi untuk berkongsi kerangka asas bagi reformasi kesihatan negara dalam usaha menjadikan sistem kesihatan lebih saksama, mampan dan berdaya tahan.

“Keseluruhan proses reformasi berkenaan dijangka mengambil masa sehingga 15 tahun dan penubuhan sebuah Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang bebas dan berkecuali turut dicadangkan bagi memastikan pelaksanaan yang efektif.

“Empat tonggak utama digariskan KKM dalam Kertas Putih Kesihatan bagi menambah baik sektor berkenaan termasuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.

“Selain itu adalah untuk memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama serta memperkukuhkan asas sistem kesihatan dan tadbir urus,” katanya.

Loading...
Terkini