Oleh:Amanda Lopez
PUTRAJAYA:Kementerian Kewangan menjemput orang awam untuk memberikan pandangan dan input berhubung langkah mengembangkan ekonomi negara.
Pada masa sama memainkan peranan aktif dalam membentuk lanskap ekonomi Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata, pandangan dikongsi akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023).
Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu suarakan pendapat anda mulai hari ini di www.mof.gov.my.