comscore
Tumpuan :
Nasional

Ops Prihatin: APM perkenal pelekat cermin kenderaan tujuan kecemasan

Foto NSTP – Anggota APM sedang menampal pelekat cermin kenderaan di tepi Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara dekat Behrang, di sini.

TANJUNG MALIM: Pelekat cermin kenderaan yang diperkenalkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam penugasan Ops Prihatin sempena perayaan Aidilfitri bakal memberi manfaat kepada pengguna jalan raya terutama ketika dalam kecemasan.

Pengarah APM Negeri Perak, Kol. (PA) Rohaizat bin Hadli berkata, pelekat cermin terbabit mempunyai QR code dan pengguna hanya perlu mengimbas dengan menggunakan aplikasi berkenaan.

Katanya, terdapat paparan lima panduan kecemasan selepas pengguna memgimbas QR code berkenaan sebagai panduan dan langkah tindakan awal bila pengguna berdepan dengan situasi kecemasan.

“Panduan kecemasan termasuklah luka dan berdarah, tercekik dan CPR, terbakar dan melecur,kecederaan tulang ( patah) , keracunan, renjatan , pengsan serta lain-lain panduan keselamatan dan bencana.

“Pelekat cermin kenderaan akan diberikan secara percuma dan pemilik kenderaan hanya perlu melekatkan pada bahagian depan cermin kereta,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Ops Prihatin sempena Sambutan Aidilfitri bermula pada 18 April sehingga 1 Mei depan.

Sepanjang Ops Prihatin, terdapat anggota APM akan melakukan rondaan di jalan persekutuan dan negeri dengan skop tugasan yang telah ditetapkan oleh APM.

Rohaizat berkata, pengenalan pelekat cermin kenderaan bertujuan memberi kesedaran dan bagi menjaga keselamatan orang awam.

Loading...
Terkini