comscore
Tumpuan :
Nasional

Ops Global: Bahan bacaan yang ada kaitan dengan ajaran sesat Aurad Muhamadiah ditemui di premis GISBH

KLUANG: Beberapa bahan bacaan yang ada kaitan dengan fahaman Aurad Muhamadiah yang diharamkan di Johor ditemui dalam serbuan di premis yang yang pusat aktiviti pengikut Global Ikhwan Sendirian Berhad Holdings (GISBH).

Exco Hal-Ehwal agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, serbuan itu dilakukan menerusi Ops Bersepadu bersama-sama polis dan disertai Bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di lima daerah, di megeri itu, sejak dua hari lalu.

Katanya, sebilangan kanak-kanak turut diselamatkan dalam serbuan berkenaan dan semua kanak-kanak terbabit kini dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Daerah terbabit termasuk Kluang, Mersing, Segamat, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Hasil serbuan kita menemui bahan bacaan terlarang  dipercayai mempunyai kaitan dengan Aurad Muhammadiah yang difatwakan sesat.

“Bagaimanapun siasatan terperinci masih dijalankan dan JAINJ akan mengambil tindakan lanjut dari segi pendakwaan sekiranya wujud elemen itu mengikut Enakmen Syariah Negeri Johor,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz  Kemas peringkat Negeri Johor, di sini, petang tadi.

Perasmian Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Mohd Fared berkata, pihaknya perlu mengambil sedikit masa untuk menjalankan siasatan kerana sebahagian buku yang dirampas itu adalah bahan baharu.

“Siasatan perlu dilakukan dengan hati-hati kerana akhirnya sekiranya ia bertentangan dengan undang-undang syariah proses pendakwaab akan dilakukan oleh jabatan agama.islam.mengikut undang-undang syariah negeri” ujarnya.

Tambahnya dalam serbuan itu, terdapat premis yang sudah dikosongkan serta ada yang masih berpenghuni.

“Ada premis yang masih lagi menempatkan golongan warga emas, dewasa dan kanak-kanak. Sebagai contoh premis di Mutiara Rini, Johor Bahru yang juga ada penemuan bahan namun penghuni sudah tiada.

“Jadi, kita akan bekerjasama dengan polis untuk menjejaki mereka,” tambah beliau lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini