comscore
Tumpuan :
Nasional

Operator kren menara, meninggal dunia pada ketinggian hampir 20 meter

Foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR: Seorang operator kren menara (tower crane) ditemukan meninggal dunia dalam kabin di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC di sini, petang ini.

Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum rakan sekerjanya meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter.

Mior Muhammad Fikri berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan pada 5.43 petang.

Susulan itu sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi pada 5.50 petang, pasukan mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun menggunakan bantuan kren menara bersebelahan pada 7.46 malam.

Loading...
Terkini