comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi pencarian hampir 95 peratus selesai – KPN

Foto : NSTP

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

SHAH ALAM: Operasi pencarian serpihan mayat nahas pesawat jenis Beechcraft (Premier 1) di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini telah 95 peratus selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tumpuan ketika ini adalah untuk membersihkan lokasi nahas bagi membuka semula laluan keluar masuk yang ditutup sejak semalam.

“Pertama sekali saya boleh kata bahawa pencarian kita di sini dah berakhir 95 peratus cuma last ‘touch up’ clear kan mungkin ada ‘human remain’ lagi yg sikit-sikit almost 95 percent. Body yang dijumpa yang lengkap ada satu, almost 9 tak lengkap kita dah pun mengesan 10 tu kalau cakap dalam bahasa investigation ‘human remain” ada dah kita ambil ada body putus sikit, yang kepala, ada yang tangan, kaki.” katanya.

Jelas beliau lagi, sebanyak 21 barangan peribadi mangsa juga telah ditemui dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, HTAR untuk pengecaman.

“Sejumlah 22 waris atau ahli keluarga mangsa telah diambil sampel DNA untuk dipadankan dengan simati dan selepas itu bedah siasat akan dijalankan untuk pengecaman mayat menerusi padanan DNA.”

Artikel berkaitan : Semua waris 10 mangsa terkorban sudah serah sampel DNA

“Kawasan pencarian kita lebih kurang 11 ribu meter persegi,” katanya.

Mengulas mengenai status salah seorang mangsa yang juga pemandu grab, beliau berkata mangsa sudah tidak mengambil penumpang sejam jam 2 petang semalam.

“Pemandu grab sebenarnya semasa kejadian dia sudah berhenti daripada mengambil tempahan penumpang. Kita dah semak dengan syarikat e-hailing dan dimaklumkan pemandu grab semasa kejadian dia sudah tidak mengambil penumpang baharu ketika itu,” jelasnya.

Tambah Razarudin, operasi mencari cebisan mayat penting bagi mengesah atau menafikan tiada lagi mangsa lain terlibat dalam nahas itu.

“Human remain apabila kita buat padanan DNA berdasarkan sampel ahli keluarganya yang diperolehi baru kita akan tahu sama ada mangsa lebih atau tidak.”

Menurut Razarudin lagi, pihak polis juga menyeru pemilik kenderaan yang merakam kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil bagi membantu siasatan.

Razarudin berkata demikian dalam sidang media di lokasi nahas sebentar tadi.

Loading...
Terkini