comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Operasi pemadaman kebakaran pusat kitar semula mungkin menjangkau seminggu


KOTA BHARU: Operasi pemadaman kebakaran pusat pengumpulan bahan kitar semula di Padang Tembak, di sini, memasuki hari kedua.

Kebakaran kawasan seluas 1.5 meter itu berlaku kira-kira 6 petang semalam dan sehingga kini, api masih marak.

Ketua Zon 1, Khairul Arifin Che Ramli, berkata, 40 pegawai dan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Pasir Tumboh bertungkus-lumus dalam operasi pemadaman.

Operasi pemadaman kebakaran pusat pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa. FOTO: NSTP

“Pusat pengumpulan kitar semula itu mengumpulkan bahan yang mudah terbakar antaranya getah, plastik dan Polyvinyl Chloride (PVC).

“Sehubungan itu, apabila api terpadam, ia akan kembali marak kerana ada lapisan bawah di kawasan setinggi empat meter itu masih berbara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khairul Ariffin berkata, pihaknya tidak dapat memastikan bila operasi dapat ditamatkan dan mungkin akan menjangkau sehingga seminggu.

Menurutnya lagi, halangan yang dialami adalah dari segi bekalan air disebabkan tidak mencukupi serta tekanan rendah.

“Selain menggunakan air dari ‘water tanker’ kami, bantuan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) turut diterima dan hampir 10 lori sudah dihantar,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini