comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi padam kebakaran di Rompin guna khidmat helikopter Agusta sepenuhnya

Juruterbang helikopter jenis Mi17, Penolong Penguasa Bomba Amir Fitri Salim membuat tiga penerbangan bagi meninjau kebakaran di Gebeng dan Inderapura. – Foto: NSTP

KUANTAN: Operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut yang masih berlaku di Rompin kini sepenuhnya menggunakan khidmat helikopter jenis Agusta.

Helikopter jenis Mi17 yang ditugaskan melakukan pemadaman di kawasan Gebeng dan Inderapura di sini, tidak sempat menjalankan tugas berikutan kebakaran terlebih dahulu padam selepas hujan lebat semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata helikopter jenis Mi17 dikendalikan juruterbang, Penolong Penguasa Bomba Amir Fitri Salim hanya membuat tiga penerbangan bagi meninjau keadaan dan lokasi kebakaran.

Katanya, semalam pasukan itu melakukan penerbangan kali terakhir meninjau sebelum pulang ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah (PUWT) di Subang, Selangor bagi menamatkan misi di daerah ini.

“Operasi memadam kebakaran di Rompin menggunakan helikopter, selain turut dibantu 10 anggota unit khas JBPM diturunkan menggunakan helikopter di kawasan hutan tanah gambut terbabit.

“Kita jangkakan tempoh dua hingga tiga hari lagi kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, hujan lebat

kelmarin turut membantu memadam kebakaran yang terdapat di beberapa tempat dalam satu kawasan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Mohammad berkata, kawasan terbuka, cuaca kering dan angin kencang menyukarkan lagi kerja memadam kebakaran yang berlaku di kawasan hutan tanah gambut di Rompin.

Sementara itu, Amir Fitri berkata, dia sepatutnya memulakan tugas memadam kebakaran di Gebeng selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, namun disebabkan cuaca tidak mengizinkan operasi pemadaman tidak dapat dilakukan mengikut jadual.

“Hujan lewat yang berlaku kelmarin membantu sepenuhnya memadam kebakaran di Gebeng dan Inderapura. Tinjauan dilakukan mendapati tiada lagi asap serta api dalam dua kawasan berkenaan.

“Saya bersyukur hujan lebat berlaku selepas difahamkan lebih 10 hari kebakaran berlarutan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini