comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi feri Langkawi di Terminal Kuala Kedah ditutup sehingga 21 September

FOTO: Ihsan Ferrylines Ventures

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Operasi feri menerusi Terminal Penumpang Kuala Kedah, di sini, ditutup sementara sehingga 21 September susulan angin kencang dan laut bergelora.

Tindakan penutupan itu diambil selepas 10 perjalanan antara Kuala Kedah dan Langkawi dihentikan, hari ini.

Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata MET Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Selat Melaka Utara sehingga 21 September 2024.

“Maka operasi feri melalui Terminal Penumpang Kuala Kedah akan ditutup sementara sehingga 21 September 2024.

“Gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora diperairan Selat Melaka Utara mulai 17 September 2024 sehingga 21 September 2024 telah menyebabkan seramai 12,532 penumpang terjejas.

“Feri tambahan akan diaktifkan semaksima melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan kepada keupayaan terminal menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sepanjang penutupan sementara Terminal Penumpang Kuala Kedah, penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menukar laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga cuaca kembali pulih.

Penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini