comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi daftar masuk dalam talian AirAsia pulih

KLIA 2 sesak susulan gangguan teknikal semalam – FOTO: NSTP

SEPANG: Operasi daftar masuk dalam talian syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pulih kita-kira jam 2 petang tadi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAisa, Datuk Kapten Chester Voo berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa.

Penumpang disaran tiba lebih awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 bagi mengelak kelewatan dan kesesakan.

Pihaknya juga menempatkan lebih 200 kakitangan darat dan hampir 100 sukarelawan serta anggota keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan.

Semalam, syarikat penerbangan itu berkata, ia meneruskan operasinya di tengah-tengah gangguan sistem teknologi maklumat global dan menasihati penumpang kemungkinan kelewatan untuk berlepas, berikutan penggunaan pemprosesan manual.

Orang ramai didapati terpaksa mendaftar masuk menggunakan kaunter, berikutan kios daftar masuk layan diri yang disediakan tidak boleh digunakan.

Dilaporkan, berlaku gangguan perjalanan di seluruh dunia susulan gangguan IT yang dikaitkan dengan firma keselamatan siber global CrowdStrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas.

Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini